About Me

Wednesday, June 17, 2009

entri paling panjang

syukurlah engkau pernah bersekolah di sebuah sekolah suatu ketika dahulu sebab:

1)secara xlangsung terhafal ma'thurat dan surah yasin,

2)surah sajjadah, al mulk, al waqi'ah dan sebagainya. tu pun kalau rajin turun jemaah subuh hari jumaat laa. wahaha.

3)sembahyang jemaah yang pahalanya 27x ganda. makmum muafik ngan masbuk sama ke pahalanya?? heh. masbuk selaaluuu~

4)tiap2 hari menadah telinga dengar kuliyyah maghrib. suka kan bila tirai dibuka. =P

5)tiap2 jumaat pegi kelas Quran kan? walaupun maseh xmampu bertaranum. haha

6)tudung labuh wey~ hari2 gosok penuh kesabaran.

7)ada subjek bahasa arab, syariah islamiah dan quran sunnah. walaupun xmampu untuk istinbat hukum.

tapi paling best bile:

1)weekend, time semua balik bermalam ramai2 berpesta dalam kolah asrama dan masing2 jadi ikan duyung. smakl ada swimming pool kowt~

2)beramai2 jadi model atas pentas pada hari jumaat akibat lewat ke perhimpunan semata2 sarapan nasi lemak yang mmg terbaaeekkk~

3)hari jumaat lalu kantin cik man sambil mencebik sesama sendiri. "cik man xpergi smayang jumaat"

4)dengan selamba melepasi guard yang entah xtahu bangsa apa sambil melambai2 macam artis terkenal semata2 nak pergi beli entah ape2 je dekat pasaraya skyline tuh.

5)sanggup merentasi laluan berpagar semata-mata nak escape kelas dan tido di bilik prep. kain dan tudung labuh bukanlah halangan untuk panjat pagar asrama kaaann.

6)kemudian susun kerusi rapat2 bawah meja prep dan baring disebalik alas meja menyembunyikan diri dari ustazah nik dan rotannya. muke nak saiko je..

7)xsaba2 je nak abes prep dan menikmati hidangan minum pagi, petang dan malam di Dewan Makan sambil cuci mata

8)dengan jelingan juling dan senyuman kambing pada abang sam menyebabkan laok sentiasa lebih dari orang lain. muahaha, mana x belon. ok, alfatihah untuk umi. semoga rohnya dicucuri rahmat.


serius rindu sekolah. siapa cakap universiti lagi best???tipuuu~

2 comments:

PRiNCE said...

untung juga kau masuk IIUM =p

RosmanPositivo said...

omg. u remind me of the S to the M to the A to the KL. haha. but from a girl's point of view. love that.

miss that school juge. buruk ke tak besh ke, skola kite jugeeeekkk :p